TEPUK SALAH, TAK TEPUK PUN SALAH

dari catitan BLOG WARTAWAN Berita Harian Singapura.

Dari  BANYAK jenis konsert yang telah di hadiri , daripada konsert rok metal, hinggalah ke yang berkonsep kemasyarakatan yang kaya dengan adat budaya. Tidak kurang juga dengan konsert kerohanian, sempena sambutan hari2 kebesaran Islam.

Tentu sekali, seperti majlis lain, adab berkonsert yang berbeza, perlu diberi perhatian. Kalau tempatnya di dewan berprestij seperti Singapore Esplanade Teater Di Pesisiran, tentulah pakaian kena ‘up’ sikit… ala2 gaya laluan permaidani merah, gitu. Kemudian, cara bertepuk tangan juga kena penuh sopan – tak boleh terpekik terlolong sampai buka2 baju bagai menonton rok konsert di tempat terbuka.

Kalau ke konsert rok pula, kena jugalah tahu sesuaikan diri. Pernah terperangkap berpakaian salah ke konsert rok – apabila tak sempat bertukar pakaian selepas menghadiri majlis kahwin. Dengan baju kurung Melayu duduk bersila di tempat terbuka seperti Taman Fort Canning, Padang , Stadium dll. untuk menonton konsert rok. Terpaksa buat muka ’sardin’ biarpun teruk diusik  rockers berambut gondrong. Yang penting,  masih selesa menikmati konsert rok itu seperti penonton lain.

Tetapi  paling  di takut tersalah berpakaian kalau ke konsert kerohanian. Kerana akan berdepan dengan begitu ramai penonton yang pastinya menutup rapi aurat mereka. Jika

 berpakaian biasa2 saja – sama seperti pakaian  ke tempat kerja. Bertutup alakadar. Alhamdulillah, tidak ada yang menjeling. Tetapi yang menyedihkan  sebenarnya bukan soal pakaian, sebaliknya melihat reaksi yang berbelah bahagi sesetengah penonton terhadap persembahan di atas pentas.

 Dah dinamakan konsert, setiap persembahan biasanya disertakan dengan penghargaan penonton dengan memberikan tepukan. Yalah, acaranya juga berupa nasyid. Ada juga sketsa menceritakan kisah perjuangan Rasulullah saw.Namun ada penonton, yang lebih suka melaungkan ‘marha, marha’ (bagus, syabas), sorakan berbahasa Arab yang biasa digunakan dalam persembahan majlis agama. Itu pun, pelan saja bunyinya.  Itu adalah satu pilihan masing2, menunjukkan penghargaan kepada acara di pentas.

Tersentak apabila ada penonton yang enggan bertepuk tangan, dengan rungutan yang agak kuat (mungkin disengajakan agar penonton lain dapat mendengar), berkata ‘orang yang tepuk tangan ini tak faham2′. Daripada situ, tertanya pula… apakah bertepuk tangan dianggap kurang ajar dalam konsert kerohanian? Tak bertepuk, terasa sunyi pula dewan.

Nak laungkan ‘marha-marha’…segan pula nak keluarkan suara, lebih2  lagi  duduk seorang diri. Akhirnya, kerana mahu menghormati penonton berkenaan,  tepuk pelan2 aje, sebut marha-marha pun antara dengar dengan tidak.

Walhal, dalam beberapa konsert kerohanian yang biasa  di hadiri di Istana Budaya Kuala Lumpur, tepukan gemuruh tetap kedengaran sementara adab kesopanan dan tatasusila agama tetap terpelihara.

Tepukan membantu menghangatkan suasana dan menyemarakkan semangat. Alangkah sedihnya jika kekeliruan penonton, secara tidak sengaja melembapkan suasana konsert yang seharusnya meninggalkan kesan hiburan, biarpun tujuannya adalah untuk mengisi rohani.

 

 

No Comments Yet

Tiada komen.

RSS Komentar URI Pengenal Pasti Jejak Balik

Tinggalkan komen